Diploma in Accounting

(MQA/PA5730)

Program ini direka untuk melatih dan membentuk para pelajar dalam gabungan bidang Perniagaan, Tekonologi Maklumat, Kewangan, Undang-Undang dan Perakaunan sebagai bidang teras. Para Pelajar yang mengambil bidang ini akan didedahkan kepada dunia perakaunan di samping dapat menambah pengetahuan tentang ekonomi, pengurusan dan kewangan.

Mereka juga boleh memperbaiki skil perniagaan dan pengurusan, serta kemahiran komunikasi dan pengendalian untuk menjadi usahawan mahupun pekerja yang kompetan. Hasilnya, para pelajar akan mempunyai kebolehan untuk menguruskan akaun kewangan dan mendapat kefahaman professional dalam bidang perakaunan, pengauditan, pengiraan cukai dan kewangan.

 

 

 

 

SYARAT KELAYAKAN

Warganegara Malaysia, Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan Pencapaian 3 kredit dalam mana-mana mata pelajaran.

 

PROSPEK KERJAYA

  • Perniagaan sendiri
  • Pembantu Juru Audit
  • Pembantu Kewangan
  • Pembantu Akaun
  • Eksekutif Kredit
  • Eksekutif Pengurusan Risiko & Tunai
  • Pefawai Pemprosesan Kredit
  • Pegawai Pengawalan Kredit

 

PERSIJILAN

Pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

 

 

MAKLUMAT KURSUS

 

PENGAMBILAN

  • JANUARI, MEI & SEPTEMBER

 

TEMPOH PENGAJIAN

  • 2.5 TAHUN

 

YURAN PENGAJIAN

  • RM18 000

 

KOD PENGAJIAN

  • (N/344/4/0419)
  • (MQA/PA5730)

 

MOD PENGAJARAN

  • KULIAH
  • TUTORIAL